Celik huruf Dinasti Liao

Asalnya, Khitan adalah sebuah masyarakat yang buta huruf. Pada tahun 920, Abaoji telah mengarahkan penciptaan tulisan yang dikenali sebagai tulisan besar Khitan. Biarpun kelihatan menerapkan unsur-unsur tulisan Cina, namun tulisan Khitan tiada kefahaman menyaling dengan tulisan Cina, dan sampai hari ini masih belum dapat ditafsirkan oleh para ahli linguistik.

Pada tahun 925, ketibaan utusan Uyghur ke Liao menyeru agar tulisan baru dicipta berasaskan prinsip abjad tulisan Uyghur. Tulisan kecil Khitan ini lebih mudah digunakan daripada tulisan besar yang digunakan sebelum ini. Tulisan kecil Khitan masih dalam usaha pentafsiran oleh pakar-pakar linguistik.

Tulisan Cina digunakan dalam pentadbiran Canseleri Selatan, tetapi terhad kepada golongan elit Khitan. Abaoji dan maharaja Liao yang berikutnya tidak membenarkan penggunaan tulisan Cina secara meluas kerana khuatir ini akan banyak menjejaskan budayanya, di samping juga menguatkan tentangan Cina terhadap hegemoni Liao-Khitan sementara masih bermusuh dengan Dinasti Song Utara.